Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua dan wow dah nak dekat raya,lagi beberapa hari sahaja.Saya harap kawan-kawan
semua dah pun membuat semua persiapan nak raya hehehe,apa pun mungkin saya jarang update blog ni kerana saya terlalu busy dengan
semua kerja-kerja saya,minta maaf ya kawan-kawan.
Sebenarnya saya ada satu kisah yang mungkin telah membuat aku hampa serta kecewa mungkin kerana silap saya sendiri kerana
saya pendam semua perkara yang sepatutnya saya luahkan.Betul kata orang jangan kita simpan semua yang kita perlu luahkan dan mungkin
disebabkan itulah saya kecewa,saya terasa yang sekali lagi saya gagal dengan apa yang sebenarnya berlaku pada hati saya selama ini.
saya terus terang yang sebenarnya saya sudah lama pun jatuh cinta dengan seseorang,bertahun-tahun saya simpan hasrat nak luahkan
pada si dia tetapi pada 04 august 2013 saya gagal meluahkan segalanya sebab saya terlambat dan dia dah pun ada seseorang,
menyesal saya simpan hasrat ni dan mungkin saya takkan dapat peluang kali kedua untuk memilikinya.Saya memang rapat dengan dia dari
dulu lagi,perkenalan saya dengan dia seawal tahun 2009 lagi dan waktu tu kami baru kenal dan saya rasa hanya dua minggu sahaja
kami berkomunikasi dan selepas itu dia beritahu saya dia ingin mendiamkan diri selama setahun atau mungkin lama,saya fikir apa yang
dia cakap hanyalah gurauan tapi rupanya betul,selama setahun lebih dia diamkan diri dan tak tahulah apa khabar dia.Selepas setahun
lebih saya dapat called dari dia dan firstly saya tak tau yang sebenarnya dia yang call dan saya rasa macam gembira sekali bila dapat
call dari dia.saya pun layan macam biasa dan tak lah seberapa rapat waktu tu,tapi lama-lama saya rasa macam rapat dengan dia walaupun
masing-masing dah mula sibuk dengan karier masing-masing.Dia pernah cakap apabila dia dalam keadaan sedih mesti saya tetiba akan hadir
saat dia perlukan tapi saya sendiri tak terfikir pun saya akan datang saat dia sedih tetapi mungkin firasat hati saya memberitahu.
Memang saya sebenarnya jatuh cinta pada dia dan cuba memikat hati dia tapi betul apa yang kawan-kawan saya nasihatkan pada saya
kerana saya terkadang terlalu fikir jauh sebelum membuat keputusan,sebab-sebab kenapa saya terpaksa pendam perasaan ni ialah
saya takut tak mampu menjaganya,waktu itu saya tak seberapa ada duit,saya takut saya yang kecewakan dia,saya selalu sibuk dengan
karier saya waktu tu dan mungkin takut tak dapat luangkan masa dengan dia kalau dia jadi cinta hati saya dan mungkin saya akan
kecewakan dia jika perkara ini berlaku,kita takkan jangka semua ni.Sememangnya saya lemah bila berdepan dengan perasaan cinta
dan mungkin saya takkan dapat cinta sejati kalau saya tetap begini.Saya rasa malu nak luahkan perkara ni pada dia bila bertemu dia
dan saya mungkin ego,saya tulis luahan ini atas blog kerana saya tak tahu pada siapa saya perlu luahkan dan minta maaf sekiranya
blog saya kali ini terlalu jiwang pada kawan-kawan yang membacanya tapi saya terpaksa,harap faham situasi saya.
Sebelum saya tutup kisah saya kali ini,saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan saya yang selalu membaca
blog dari saya,siap-siapkan duit raya tu tau,sesiapa yang balik kampung tu bawak kenderaan elok-elok dan jangan tergesa-gesa dan fikirkan orang yang tersayang
dikampung atau pun dimana pun mereka berada ....
nak duit raya !!!!!!!!!!!!! hehehe gurau je ;)
Apapun jumpa lagi semua dan assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan