Malam itu saya melihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah.Ibu menggoncang-goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu.Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki dan rasanya sudah hampir habis rupanya.Pada siapa ibu hendak mengadu? Ayah? Saya tahu,ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.
``Ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan,saya lihat ibu mengambil sedikit beras dari dalam tin susu itu kemudian masukkannya ke dalam periuk.Air dituangkan sehinnga penuh,setelah hampir setengah jam ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.
``Bubur nasi itu berasap seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yang paling bongsu.Akhirnya kami adik-beradik makan sehingga pinggan itu licin bersih dan malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.
``Pagi kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan ibu menyalakan api untuk memasak,Ibu mengambil baki beras yang ada dalam tin susu.Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair seperti semalam juga,kami menghirup bubur itu sehingga habis.Bubur itu walaupun cair saya rasakan begitu sedap sekali.Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk.Ibu seperti tidak mengendahkan permintaan kami.
``Tengah hari itu pun begitu juga dan bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh adik beradik.Walau apapun setiap kali waktu makan saya perhatikan ibu menadah tangan bersyukur kepada tuhan kerana anak-anaknya tidak kebuluran.Mungkin ibu bersyukur untuk hari ini kerana kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi.Mungkin juga ibu bersyukur walaupun kami hidup susah dan miskin tetapi kami tidak meminta-minta.Kemudian saya lihat ibu berpaling kebelakang.
``Masuk hari ketga,kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik beradik.Saya tidak menyangka perkara ni,kakak juga ada perasan ibu akan membelakangi kami samasa menikmati bubur cairnya dan yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.
``Perlahan-lahan kakak kami mengengsotkan badannya mendekati ibu.Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong.Tiada sebutir nasi pun di dalam mangkuk ibu.
``Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya saya dan adik-beradik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah adik kami yang bongsu.Kemudian kami seramai sepuluh adik-beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur untuk ibu.
``Kami sedih dan kami tahu ibu sedang kelaparan,tetapi ibu tidak memberiatahu kami.Ibu berkorban untuk kami,ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.
``Setelah kami semua setuju menghadiahkan sesudu bubur untuk ibu,saya lihat kakak mengengsot mendekati ibu kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.
``Makanlah mak!``kata kakak dengan suara yang perlahan.Ibu berpaling memandang kakak,ibu bingkas bangun kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu.Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik,kami sedar akan ibu sebenarnya sayangkan kami semua dan kami sedar ibu sanggup buat apa saja demi anak-anaknya walaupun terpaksa berlapar.
CERITA DI ATAS HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA,TIADA KENA-MENGENA ANTARA HIDUP DAN MATI.SAYA HARAP ANDA SEMUA BOLEH MENGAMBIL IKHTIBAR DARI CERITA INI DAN KITA KENALAH INGAT WALAU BAGAIMANAPUN KEADAAN IBU KITA,DIA TETAP IBU.TANPA DIA HIDUP INI TAKKAN ADA ERTI DAN SAYA HARAP ANDA SEMUA HORMATI IBU DAN KENALAH INGAT BAHAWA SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.