Sabtu, 26 November 2011

TUJUH PERKARA DI DALAM OTAK KU

     ASSALAMUALAIKUM........

Hai semua......apa khabar dan saya harap awak semua sihat ya,hari ni saya ada satu cerita yang akan saya kongsikan kepada awak semua.Saya harap awak semua sudi membaca blog terbaru saya dan sila komen-komen sikit..hahahahhahahaha.
Seperti mana yang saya bagi tajuk di atas tadi,saya sebenarnya ingin meluahkan lima perkara yang ada dalam kepala saya sekarang ni,entah kenapa saya berfikir begitu sekali hinggakan asyik terbayang-bayang dalam kepala sekarang ni.Ok lah.......tanpa membuang masa saya akan luahkan perkara itu...:

1.HIDUP KU

Entah kenapa saya selalu bayangkan kehidupan aku dari dulu sampailah sekarang hinggalah hari esok pun saya akan fikirkan juga,akan tetapi saya terima apa yang berlaku setiap saat dalam hidup ini. (tabahkan hati)

2.KEWANGAN KU

Dari segi kewangan pula,saya rasa tak ada apa-apa masalah.Cuma saya rasa saya perlukan duit yang agak lebih sedikit untuk sesuatu yang akan saya buat sedikit hari lagi,nak tahu apa yang saya akan buat...?
baca nota dibawah nanti ya.....:-)

3.IMPIAN KU

Haaa....saya memang mempunyai satu impian yang saya impikan dari zaman saya kecil lagi,cuma kali ni saya sedang berusaha keras untuk realisasikan impian itu.Banyak orang cakap susah untuk capai satu impian tu tapi bagi saya tak ada impian yang akan tercapai kalau kita tak berusaha keras untuk mencapainya,
Impian saya sebenarnya ingin menjadi seorang pemuzik dan rasanya saya memang mempunyai bakat itu cuma sekarang nie sesetengah orang tidak menyokong apa saya impikan dan ada yang suka permainkan saya.Apa yang saya boleh buat hanyalah sabar,teruskan usaha saya,berdoa dan menunggu saatnya nanti.

4.RAKAMAN LAGU KU

Seperti yang saya katakan untuk nota perkara yang kedua tu,inilah perkara yang saya maksudkan tadi ialah rakaman lagu.Saya sudah malas nak melayan orang-orang yang cakap sahaja tapi tak laksanakan,senang cakap OMONG KOSONG........!
Saya memang tak suka kalau orang sudah berjanji tapi tak tunaikan janji sedangkan saya sendiri boleh tunaikan jika saya berjanji dengan orang lain,....susah sangat ke...! kenapa sanggup buat saya begitu,jahat sangat ke saya ni atau mungkin saya ni seorang OUTSIDER.
Ok lah.....biarkan saya pergi buat rakaman itu dengan sendiri,saya takkan minta satu sen pun....(sabar)

5.HIJRAH KU

Selepas selesai rakaman yang saya akan buat sedikit masa lagi,saya terpaksa berhijrah ke KUALA LUMPUR dengan berbekalkan demo cd ,bakat dan harapan baru.Saya terpaksa melakukan kerana saya sudah penat di tipu oleh orang-orang yang saya percayakan selama ni.Saya ingin memulakan hidup baru saya di sana dan mencuba nasib di sana,itu lah yang akan membuatkan saya lebih matang lagi.

6.CINTA KU

Mama pernah cakap pada saya waktu tu,dia cakap `tak apalah kalau kali ini putus,mungkin lain kali ada yang lagi terbaik dari si dia.Percayalah cakap mama`.....:-)
Betul apa yang mama cakap,saya dapat rasa yang ada orang yang lebih sayangkan saya sekarang,apa yang perlu saya buat sekarang ni cuma menjaga dan buktikan yang saya benar-benar cintakan dia...:-)
UNTUK SI DIA,.....saya harap awak dapat menunggu saya dan saya akan buktikan...insyaallah...amien

7.DOA KU

ya allah.....
ampunilah dosa hamba mu ini,saya berserah pada mu ya allah.Saya berdoa pada Mu agar luruskan jalanku,tabahkan hatiku,restukan niatku,terangkanlah perjalan hidupku ya allah agar saya senang menempuh kepayahan hidup ini,ya allah.....ampunilah dosa-dosa orang yang saya rapat dan saya sayang termasuklah orang tua dan juga keluargaku....amien ya rabbal alamien






Perkara-perkara di atas itu lah yang saya fikirkan selalu,tapi saya memang rasakan memang terlalu berat untuk aku fikirkan.Apakan daya...demi hidup saya terpaksa buat semua tu dan saya harap saya dapat melakukannya....walaupun sedikit demi sedikit.....AMIEN


Saya rasa sampai di sini sahajalah blog kali......
Semua awak semua ceria selalu....jumpa lagi di blog yang akan datang dan tunggu yaa.......bye-bye.

ASSALAMUALAIKUM.....:-)